1. Menyediakan sudut DARIH dan kesan halo
2.
4. PERSEMBAHAN MURID
5. MENCERIAKAN BILIK PPDa
6.
7. KAJIAN TINDAKAN
KENANGAN...........
1. Pelancaran PPDa SKDYS
Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah telah diadak. an pada 20 Februari 2012. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norlian binti L.Abdullah, Guru Besar SK Dato' Yahya Subban yang melibatkan semua guru, kakitangan dan murid sekolah. Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan awalan. Selain itu juga, pelbagai aktiviti dirancang oleh AJK PPDa sekolah antaranya ialah seperti ceramah PPDa, Pameran PPDa, taklimat polis, PPDa dalam P&P, mencipta poster dan mewarna.
2. Bilik Sumber PPDa
Bilik Sumber PPDa ini telah dikemas dan diceriakan oleh AJK PPDa SKDYS, staff sokongan dan pekerja swasta. Tujuan utama Bilik Sumber PPDa ini diadakan adalah untuk memudahkan semua murid dan guru mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini tentang dadah. Bilik Sumber ini dibuka pada setiap waktu persekolahan. Bilik Sumber ini mendapat sambutan yang baik daripada semua murid dan guru kerana maklumat yang dipamerkan adalah yang terkini serta susun atur yang menarik dan ceria ini dapat menarik ramai yang pengunjung ke Bilik Sumber PPDa ini.
3. Ceramah PPDa
Ceramah PPDa ini telah diadakan di Dewan Yahya Subban dan dihadiri oleh murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Di samping itu juga semua guru dan staf sekolah juga turut hadir untuk memberi sokongan terhadap Program PPDa. Hasil dapatan daripada ceramah tersebut menunjukkan murid, guru dan staf mendapat banyak maklumat tentang punca-punca berlakunya penyalahgunaan dadah, cara-cara mengatasi dan kesan-kesannya terhadap individu, masyarkat dan negara. Dengan maklumat tersebut murid akan lebih berhati-hati mencuba sesuatu yang tidak elok dan dapat memilih kawan yang lebih baik.
4. Pameran PPDa
Pameran PPDa diadakan di Bilik Sumber PPDa. Pameran ini terbuka kepada semua warga SKDYS. Pameran ini terdiri daripada informasi tentang PPDA, jenis-jenis dadah, risalah-risalah, poster-poster dadah dan informasi terkini tentang dadah. Pameran ini bertujuan memberi maklumat kepada murid dan warga SKDYS.
5. Taklimat Polis
Taklimat polis telah diadakan di Dewan Yahya Subban dan dihadiri oleh semua guru dan murid-murid khususnya murid tahap 2. Tujuan taklimat polis ini diadakan adalah untuk memastikan murid-murid mendapat kesedaran tentang bahaya dadah. Murid-murid memberi tumpuan khusyuk terhadap taklimat yang diberi oleh anggota polis. Muri dibenarkan untuk mengajukan soalan kepada anggota polis tersebut.
6. PPDA dalam P&P
Guru-guru disarankan menggunakan isi pembelajaran yang berkaitan atau yang mempunyai unsur-unsur PPDa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing. Guru boleh menyerapkan elemen-elemen PPDa melalui aktiviti-aktivi yang dijalankan seperti melukis, mengarang, bersoal-jawab, dan sebagainya.
7. Mewarna
Pertandingan Mewarna ini melibatkan murid-murid tahun 1, 2 dan 3 serta murid-murid Pendidikan Khas. Sepanjang pertandingan dijalankan murid-murid dipantau oleh seorang guru. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memastikan murid-murid melibatkan diri dalam Program PPDa secara langsung di sekolah. Murid yang menang telah diberi hadiah sebagai tanda perhargaan daripada pihak sekolah.
8. Ceramah Anti Jenayah
Ceramah Jenayah diadakan bagi tujuan memberi kesedaran awal kepada murid-murid Tahap 2 khususnya murid-murid lelaki tentang bahayanya melakukan jenayah. Ceramah ini disampaikan oleh Inspektor Mohd Sharif bin Md Isa, Pen. Penguasa Penjara Tapah.
Dalam ceramah ini murid-murid telah didedahkan kepada beberapa jenis jenayah yang sering dilakukan oleh kalangan remaja serta hukuman-hukuman yang dikenakan keatas pesalah jenayah remaja. Kesan daripada ceramah ini telah dapat diperhatikan dimana kalangan murid kelihatan insaf untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan